Friday 29 November 2013

Rebel

Pos kali ini, isinya terabur dan serabut. Sebijik dengan apa yg ada dlm hati dan otak aku skunk.
Almost two weeks, since that embarrassing moment. And exactly a day after that, another thing happened. 

Hmph. I knew this gonna happen. Saat bom yang sekian lama sudah terpasang, dah tiba masa utk meletup. how I wish I could terminate this bomb. Aku pun dah penat. Kitaran hidup yg sama. Aku pendam, aku meletup, aku serba salah, aku minta maaf. Sumpah mengecewakan. Aku frust dgn diri sendiri yang x pernah berubah. Nak jadi pemaaf. Aku penat ada rasa geram geram ini. Ada org kata ngan aku, jangan fikir jauh sgt. Ada org kata, tak bagus kita ekspresif sgt sedangkan Allah dah cuba terbaik utk lindung apa yg ada dlm hati kita. Semua yang org2 ni kata betul. And that's why it hurts even more rather than mengubatkan hati aku yang sakit ni. Aku ada penyakit hati. bukan sakit hati cirrhosis. Bukan jugak sakit hati-bengang. Tapi hati aku kotor. 

As I said, a few things happened, a few people come and go, and all I ever wanted was to hear their soothing word or at least apology. Pathetic me. Yes, I know. Atas nama kawan, aku letak satu harapan. satu jangkaan. Bodoh. Aku bodoh. One advice; that was given by an unexpected friend of mine , "expect from some people, not all. "

Ada yang x minta maaf. buat slamber je. mmm nak buat stail drama kot. Tak payah ungkit apa2, anggap benda tu x jadi. Since benda tu memalukan. Yes, I agree. But looking at that person, seeing at the face, somehow I do expect an apology. short and sweet=sorry. That's all. Sebab since dia x minta maaf, somehow it hurts my pride.

Ada yang mintak maaf, tapi tak tahu salah dia. Dia igt aku marah sebab benda2 lain. First, aku tak marah, aku senyap. I was actually waiting for you, my little friend to settle that thing. Kenapa kau senyap je? Second, aku tak akan marah atas sebab2 'macam tu'. Aku bukan macam tu.. Yes. kau minta maaf. Then should I tell you what's the real deal is? Should I? hmph. u almost made me wanna apologize sbb senyap je ngan ko. Tp aku x nak. Sebab aku belum ready. Benda tak settle lagi. Plus, aku x nak kitaran yang sama berulang. Aku minta maaf simply sebab aku serba salah. Ada kawan aku kata, tak yah serba salah, serba salah itu makan diri sendiri. Rasanya betullah. 

Ada jugak yang minta maaf generally.

Seeing these friends buat aku macam ini, aku pun jadi berat nak minta maaf.  I'm avoiding you. I don't want to talk bout anything. I don't want to give any explanation. I want to do anything no matter it hurts you or not. I don't care about what you think if I do this and that. I don't want to ask for apologize though the words 'sorry' is right at the tip of my tongue.Is this what you call as rebel? Am I rebelling?

Korang, sincerely, aku mita maaf. Tapi it'd been quite hard for me. Aku dah tak nak maaf korang. Aku x nak jadi pathetic. Sekarang aku tgh belajar to expect nothing from anyone call a person. Betullah org kata, pengharapan pada Allah tu yang terbaik. 

I wish I got no friends. Since......Aku ada banyak kawan. Aku syg korang. And atas nama kawan, aku ada high expectation from korang. And lagi banyak kalilah aku dikecewakan.

My bad. 

Bak kata my unexpected friend, 'hidup ini x ideal macam yang kau bayangkan'. 

Aku igtkan,
kalau aku xde high expectation ngan korang, it makes me a bad friend. 

Tapi itu realiti. 
Realiti yg korang akan tinggalkan aku bila mana kita sama2 nak hidup. Nak hidup utk diri sendiri. Still, I need friends. But true friends are not to be found yet or maybe will not be found. So for now, i do have a lot of friends. Tapi persepsi aku pasal kawan dah berubah. Kawan sekadar kawan. Sekadar kenalan mungkin. Tak ada lagi kawan yang ideal. kerana dunia ini tidak ideal. Anyhow, thanks for making me your friend. At least. 

---------------
Habis dah sesi aku bermadah meluahkan apa yg terbuku dlm hati ini. Utk korang yang baca ini, just so u know, at this very moment, Im fighting with myself wether to save this as draft or publish it. But since aku xde sebut nama siapa2,dan tiada isu yang aku terangkan dengan jelas;aku rasa tak salah aku publish dengan harapan, korang yg baca ini boleh bagi any advice or maybe some words. Not necessarily to be advice, as I really want to communicate.

Wednesday 20 November 2013

Penyakit Hati

Sakit. Sakit sangat.

Orang kata, marah itu harus ditelan. te-lan

Maknanya, jangan dikunyah pun. Maknanya lagi... marah itu usah ditunjuk, jangan terlihat. Aku telan. telan dan telan. Plastik sampah, kunci, lecture. Dan banyak lagi. Semua aku telan. Tapi jangan lupa. Kalau ditelan, tapi tak dicerna. Maka akan tiba satu hari semuanya dimuntahkan.

Hari ini aku muntah. Literally. Setelah terembesnya air mata, barulah aku sedar, bahawasanya, aku ada penyakit hati. Kecewa dengan diri sendiri. Mampu untuk menelan je. Aku marah, tapi tak mampu menegur, aku marah tapi cuba menyedapkan hati dengan berjuta alasan untuk memahami keadaan mereka, aku marah,telan, TAPI tak lupa. Ya Allah, kalau lah hati ini boleh menjadi suci, sudah ditelan kemarahan itu, mampu pula untuk dilupakan, maka aku tak akan hidup sakit hati macam ini.

Aku tak nak marah-langsung. Jadi aku telan, aku tak cerita kat siapa pun. Tapi ada masa, kemarahan itu disalurkan ke tempat lain. Kadang-kadang tanpa aku sedar. Ibu pernah kata, lebih baik kita bagitau, kita tengah ada masalah, or kita tengah marah, jadi org lain tak salah faham dengan kita. Tapi aku, in state of denial yang aku tengah marah. Aku kira aku dah berjaya telan kemarahan itu, tapi sebenarnya tak.

Serba salah. Tolak ansur. Kenapa orang2 tu.. tak de benda ini? Mungkin ada, tapi x banyak, x banyak sampai kau boleh berkorban sikit pun untuk kawan kau yang sgt berharap kau ada dua benda ini.

Kecewa.

Saturday 16 November 2013

Simpanan

Simpanan.. Siapa yang menyimpan, mesti rasa selamat, sedangkan siapa atau apa yang disimpan rasa tak secure, frustrated or maybe happy.

Tak kiralah benda ke, orang ke yang disimpan, siapa yang menyimpan mesti rasa selamat. Kalau korang simpan payung dalam beg, korang rasa selamat kan? Tapi payung tu, apa payung tu rasa? boo~ payung x de perasaan.

Kalau orang pulak yang disimpan.. pemain simpanan, perempuan simpanan...haa... apakah yang dirasai oleh mereka yang disimpan?

Aku pernah jadi yang menyimpan dan disimpan. So, aku kinda faham dua-dua situasi.

Apa yang bakal aku katakan maybe kasar, be ready!

Jadi dua-dua pihak pun aku rasa macam ta-ik. Bila jadi yang menyimpan, aku rasa macam ta**  sebab aku desperate. Sediakan payung sebelum hujan. Bukan mati pun kalau kena hujan. Tapi aku masih kena bawak payung tu, menambahkan berat aku yang dah kembung mengalahkan ikan buntal. Sedangkan awek-awek ruski bukan main dengan handbag je. How desperate I can be. So, aku tetap simpan.

Disimpan... mmm perempuan simpanan...yg ni x nak cerita lah..kasi saspen. wakaka.
Nak cerita  pasal pemain simpanan since ini contoh terdekat yg aku boleh huraikan. Bukan main, org suruh ko datang training. Bila dtg dia x tengok ko sgt pun. Dia explain sikit2 apa yang kau kena buat, then buat sampai dapat. Dulu aku expect coach untuk pantau aku 24 jam since aku bersungguh-sungguh nak main satu game ni-- dulu. Tapi sekarang dah sedar. Kalau nak macam itu, upah private coach la mimi! Rasanya normal je kalau jadi pemain simpanan. Hari ini aku dpt kesedaran. Kesedaran yang kalau aku jadi pemain simpanan  pun dah kira cukup bagus dah. Kira tak sia-sia lah aku dtg training luka-luka lutut sume. Haha.. Luka lutut??? no big deal, aku yg pulun sgt men, siap slide2 bagai. Seluar tunggu koyak je. haha luka lutut pun,,, loser gak. budak2 ini, yg taiko x yah luka lutut pun, siap terbang2 lagi. hihi

Konklusi cerita bertajuk simpanan ini...lu pikir la sendiri. Korang simpan apa, korang disimpan sebagai apa... aku-tak-tahu.  Dalam hidup aku, aku cuma buat yang terbaik sebagai yang menyimpan dan disimpan. Kalau menyimpan, simpanlah dengan kasih dan sayang, so you won't feel that desperate. Kalau disimpan, berbaktilah sebaik mungkin, kerana kehadiran awak memberi erti untuk yang menyimpan awak. aiceh ayat.. macam geli je macam geli je :p PEACE


Tuesday 29 October 2013

Emosi atau ekspresif

Aku ni suka bercakap. Kalau bercerita, bukan main beremosi. haha... yelah dulu bukan main wakil sana sini masuk pertandingan berceritadah tua sikit berbahas, tu pasal lah haha

Ekspresif. Akulah itu. Ada orang kata aku emo. Aku suka penggunaan kata ekspresif lagi. hihi

Aku tak hidup untuk pujian orang. Kalau aku hidup untuk pujian orang, maka matilah aku dek kejian orang. Ramai je orang yang mulut macam longkang, tapi kalau korang ambil kira apa yang diorg kata, memang tak ke mana lah kita. Kalau aku punya case, aku ini dulu takut sgt kena kutuk ngan org, boleh jadi depressive teruk. haha Nasib baik bila dah besar sikit ni, aku tahu makna hidup untuk mereka yangsayang kita. I am not born to please the haters.

Ada orang, bila kita pos status, mcm gitu mcm gini; mulalah kata kita emo, syok sendiri, bajet, etc.
Ada orang, bila kita pos gambar, mcm gitu mcm gini; mulalah kata kita x malu, nak show off, etc.

Untung aku ada kawan-kawan yang kata kat aku, pos je! haha...
Dah memang aku ni jenis yang suka mengekspresikan diri. Dulu aku tercari cari juga siapa diri sebenar aku. Bila dah dapat kekuatan untuk mengetepikan haters dan go on with myself yg penuh dgn cerita dan ekspresi; barulah aku jumpa a part of myself.

ini kisah aku.

Untuk korang, jadilah diri sendiri. kalau rasa korang teragak-agak nak buat something sebab orang lain, jgn teragak-agak! Buat je. Asalkan apa yang korang buat itu tak salah, tak mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain. Alright? Peace no war!

Saturday 26 October 2013

Dua perkataan

Dua perkataan- kerana Allah.

Dua perkataan ini, sgt senang untuk diungkapkan. ungkap jelah ~ Aku syg kau,dia, mereka, kerana Allah. Aku menuntut ilmu, aku menjadi doktor, kerana Allah.

Tapi macam mana nak sampaikan, nak rasakan benda ni betul2 kat dalam hati kita. Ada orang kata kena ikhlas. Tapi, sbg insan yg lemah lagi hina ini, keikhlasan diri sendiri pun aku ragui. Ikhlaskah aku menolong dia. Adakah mungkin sekadar membalas jasa baik dia, adakah sekadar membantu dengan mengharapkan pembalasan pahala dari Allah, adakah kerana aku bimbang jika aku dalam keadaan yang sukar tiada tempat bergantung. Di sini, aku mula pula mempersoal erti ikhlas.

Ada juga yang kata pengorbanan. Lihat bagaimana sahabat2 pada zaman terdahulu berkorban. ITU yg dinamakan kerana Allah. Tapi persoalanku, BAGAIMANA mahu mencapai tahap itu. Tahap di mana kau tidak sekadar mengungkapkan dua perkataan itu, tapi benar2 faham dua perkataan itu.

Satu jawapan yang menarik bagi aku-DOA. Tengok makanan, itu rezeki, datangnya dari Allah. Ahamdulillah. Lihat pokok, itu ciptaan Allah-Allahuakbar. Ada banyak lagi sekeliling kita kalau diperhatikan. Berzikirlah, berdoalah. Itulah waktu privasi kita dan Allah. Mungkin apabila kau dekat dengan Allah, kau akan yakin dengan Allah, maka semua yang kau lakukan adalah kerana Allah. InsyaAllah

Aku bukan insan yang sudah mencapai tahap membuat sesuatu kerana Allah. Mungkin amalan yang wajib sahaja yang aku mampu laksanakan kerana Allah, sehinggakan bila ada mereka yang ingin mendalami Islam bertanya, kenapa kau buat itu, kenapa buat ini, aku hanya mampu menjawab-kerana Allah. Waktu itu, baru aku tahu, oh, yang ini, aku buat mmg kerana Allah. 

Aku ingin menjadi yang lebih baik. Meletakkan Allah sebagai yang utama, pasti aku di landasan yang benar. Tapi aku belum cukup kuat dan masih mengumpul kekuatan. Jadi tulisan kali ini adalah peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa dan selalu mempunyai soalan-soalan yang di luar akal fikiran dan random. 

Friday 4 October 2013

Brain and soul

First of all, about my previous post, Alhamdulillah, semua dah settle. When I said 'settle', maksdnya btul2 dah settle. Kali ini, maaf yg sebenar-benarnya, telah diungkap dari mulit, dtg dari hati dan yang paling penting, dah dilupakan. Yelah, kalau kita kata kita maafkan, tp hati kita masih lagi sakit, kawan Mi ajar, tu belum betul-betul maafkan. So, Alhamdulillah, rasa ringan sikit dada ini bila dah tak ada rasa sakit hati tu.

Otak dan jiwa.. haa kan ke pelik bila diterjemah dlam bahasa Melayu.. sebab itu tajuk dlm bahasa Inggeris lol

JIWA

Malam ini, mood jiwang Mi turned on. padahal tgk movie hantu tadi.haha Mungkin sebab semalam best sgt, so hari ini rasa mcam dull je. Bila dull, I tend to terfikir benda-benda yang jiwang. Buka insta, keluar gambar bunga pulak banyak. haha Mi  sebenarnya x suka guna perkataan jiwang tu, sebab bukan jiwang pun. Cuma Mi  terbayangkan benda2 yang indah. Mi  teringin nak bunga, nak a cup of mocha which is my favourite, rindu kat org2 di Malaysia, bukan jiwang kan? haha Tapi siyez nak bunga. Ni semua salah kedai bunga yang bersepah-sepah kat Volgo ni and salah; sorg minah kat instagram ni, gamba dia semua lawa2 ada bunga.

OTAK

Bila bayangkan nak pos pengakuan Mi   yg rasa dull mlm ni, and all those things yg indah2. Ommo! Malunya kalau cikgu2, senior2, kawan2 baca! so Mi  delete, tp pos kat sini. hihi Otak suka benda logik. Benda yang tak ada perasaan. 

So to be fair to my brain and my soul, I post it here. Di mana, x semua senior, cikgu and kawan2 Mi  akan baca, but aku still express my feelings. Fair enough I guess. tehee. Lately, Mi suka benda2 yang wanita2 ini, dulu suka yg macam budak2, suka mainan, sekarang dah reti dah nak suka music box, teddy bear and surprisingly>>>BUNGA! aiyoyo... Malu eden. 


Friday 27 September 2013

orang bagus

hacim!

Ya Allah, berhabuk teruk dah blog ni. hihi biasalah, bila tak menulis sebagai sendiri, kononnya, ingin menghasilkan blog yang menggunakan bahasa Melayu baku. Haha (gelak kat diri sendiri) Well, satu benda yang Mi belajar, jadi diri sendiri adalah yang terbaik!

orang bagus. Siapa perasan dia bagus? Angkat tangan!!! hehe

Alkisah, semalam lepas kelas, ada dua lecture. lecture yang pertama itu, mak ai,,, habis tenaga walaupun sekadar mendengar dan menyalin. Mi ingat nak lari lepas lecture yg pertama itu, tapi sekali ada halangan, pastu dah tak sampai hati nak lari. nak dijadikan cerita, ada seorang budak ni, si M. Dia kata "haah, mmg jahat pun kalau balik". Dia tujukan kata- kata itu kat Mi dgn lagi seorang member ni.

Aw pedih!

Tak baik kata org jahat. Ayah Mi kata jahat itu untuk syaitan saja. Ayah Mi dah didik, jgn kata org jahat. So, terkejut sangat bila ada org kata macam itu kat Mi. Tambah pula, si M ni, dia budak alim2. mmm kenapa cakap macam tu ek? Ini kali kedua Mi kecik hati dengan dia. Yg first time tu dia kata Mi cacat sebab adik Mi handsome. aiyoyo...

Penampilan,sikap, dan diri awak mmg manis. Saya suka. Orang lain pun suka. Tapi ada kelakuan awak yang macam bercanggah dengan apa yang awak perjuangkan. Saya sebagai manusia biasa, tak dpt lari drpd sedikit menyampah dengan diri awak. Jangan risau, saya simpan sorang2, Allah je tahu.

Hati-hati bila cuba meletakkan diri sendiri di mata masyarakat.Awak sekarang dah jadi kakak usrah, no offense. Tapi kenapa sakan benor instagram awak. Sesetengah gambar itu, saya sendiri pun x berani nak pos. Maaf, malam ini tak ada idea untuk ayat beralas. Kenapa tak tegur depan2? nak ke? saya boleh tegur, tp mesti awak sedihkan? pastu bila awak sedih, awak akan luahkan perasaan dekat kawan awak. Dari mulut awak, org akan nampak saya jahat. kalau saya minta org lain yg tegur awak, secara tak langsung, saya buka aib awak. Kenapa cara begini yang saya pilih? Dengan harapan, awak, si M, terbaca pos ini, dan berubah. Instalah macam mana pun yang awak nak, buatlah apa pun, tapi jagalah tutur kata awak. Dah dua kali hati saya terguris dengan kata-kata awak. Sampaikan saya terpaksa menanggung dosa sekarang ini sebab saya menyampah dengan awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Dan sememangnya saya dah cuba berali-kali untuk maafkan awak, tapi sebabkan sikap awak yg kadang kala bertentangan dengan ajaran Islam, hati saya x dapat nak maafkan awak sepenuhnya, Maaf, saya bukan orang bagus.