Saturday, 26 October 2013

Dua perkataan

Dua perkataan- kerana Allah.

Dua perkataan ini, sgt senang untuk diungkapkan. ungkap jelah ~ Aku syg kau,dia, mereka, kerana Allah. Aku menuntut ilmu, aku menjadi doktor, kerana Allah.

Tapi macam mana nak sampaikan, nak rasakan benda ni betul2 kat dalam hati kita. Ada orang kata kena ikhlas. Tapi, sbg insan yg lemah lagi hina ini, keikhlasan diri sendiri pun aku ragui. Ikhlaskah aku menolong dia. Adakah mungkin sekadar membalas jasa baik dia, adakah sekadar membantu dengan mengharapkan pembalasan pahala dari Allah, adakah kerana aku bimbang jika aku dalam keadaan yang sukar tiada tempat bergantung. Di sini, aku mula pula mempersoal erti ikhlas.

Ada juga yang kata pengorbanan. Lihat bagaimana sahabat2 pada zaman terdahulu berkorban. ITU yg dinamakan kerana Allah. Tapi persoalanku, BAGAIMANA mahu mencapai tahap itu. Tahap di mana kau tidak sekadar mengungkapkan dua perkataan itu, tapi benar2 faham dua perkataan itu.

Satu jawapan yang menarik bagi aku-DOA. Tengok makanan, itu rezeki, datangnya dari Allah. Ahamdulillah. Lihat pokok, itu ciptaan Allah-Allahuakbar. Ada banyak lagi sekeliling kita kalau diperhatikan. Berzikirlah, berdoalah. Itulah waktu privasi kita dan Allah. Mungkin apabila kau dekat dengan Allah, kau akan yakin dengan Allah, maka semua yang kau lakukan adalah kerana Allah. InsyaAllah

Aku bukan insan yang sudah mencapai tahap membuat sesuatu kerana Allah. Mungkin amalan yang wajib sahaja yang aku mampu laksanakan kerana Allah, sehinggakan bila ada mereka yang ingin mendalami Islam bertanya, kenapa kau buat itu, kenapa buat ini, aku hanya mampu menjawab-kerana Allah. Waktu itu, baru aku tahu, oh, yang ini, aku buat mmg kerana Allah. 

Aku ingin menjadi yang lebih baik. Meletakkan Allah sebagai yang utama, pasti aku di landasan yang benar. Tapi aku belum cukup kuat dan masih mengumpul kekuatan. Jadi tulisan kali ini adalah peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa dan selalu mempunyai soalan-soalan yang di luar akal fikiran dan random. 

No comments: