Tuesday, 29 October 2013

Emosi atau ekspresif

Aku ni suka bercakap. Kalau bercerita, bukan main beremosi. haha... yelah dulu bukan main wakil sana sini masuk pertandingan berceritadah tua sikit berbahas, tu pasal lah haha

Ekspresif. Akulah itu. Ada orang kata aku emo. Aku suka penggunaan kata ekspresif lagi. hihi

Aku tak hidup untuk pujian orang. Kalau aku hidup untuk pujian orang, maka matilah aku dek kejian orang. Ramai je orang yang mulut macam longkang, tapi kalau korang ambil kira apa yang diorg kata, memang tak ke mana lah kita. Kalau aku punya case, aku ini dulu takut sgt kena kutuk ngan org, boleh jadi depressive teruk. haha Nasib baik bila dah besar sikit ni, aku tahu makna hidup untuk mereka yangsayang kita. I am not born to please the haters.

Ada orang, bila kita pos status, mcm gitu mcm gini; mulalah kata kita emo, syok sendiri, bajet, etc.
Ada orang, bila kita pos gambar, mcm gitu mcm gini; mulalah kata kita x malu, nak show off, etc.

Untung aku ada kawan-kawan yang kata kat aku, pos je! haha...
Dah memang aku ni jenis yang suka mengekspresikan diri. Dulu aku tercari cari juga siapa diri sebenar aku. Bila dah dapat kekuatan untuk mengetepikan haters dan go on with myself yg penuh dgn cerita dan ekspresi; barulah aku jumpa a part of myself.

ini kisah aku.

Untuk korang, jadilah diri sendiri. kalau rasa korang teragak-agak nak buat something sebab orang lain, jgn teragak-agak! Buat je. Asalkan apa yang korang buat itu tak salah, tak mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain. Alright? Peace no war!

2 comments:

Muhammad Hafidz Hasan said...

Seee..thats the point axtually. Jenis ekspresif. Walau muka aku stone depan pempuan, haha tak tengok lagi gaya aku ekspres banyak benda huuu (selain marah aaaa) hehe

syamimi azari said...

haha stone? not that bad actually ;)