Tuesday 29 October 2013

Emosi atau ekspresif

Aku ni suka bercakap. Kalau bercerita, bukan main beremosi. haha... yelah dulu bukan main wakil sana sini masuk pertandingan berceritadah tua sikit berbahas, tu pasal lah haha

Ekspresif. Akulah itu. Ada orang kata aku emo. Aku suka penggunaan kata ekspresif lagi. hihi

Aku tak hidup untuk pujian orang. Kalau aku hidup untuk pujian orang, maka matilah aku dek kejian orang. Ramai je orang yang mulut macam longkang, tapi kalau korang ambil kira apa yang diorg kata, memang tak ke mana lah kita. Kalau aku punya case, aku ini dulu takut sgt kena kutuk ngan org, boleh jadi depressive teruk. haha Nasib baik bila dah besar sikit ni, aku tahu makna hidup untuk mereka yangsayang kita. I am not born to please the haters.

Ada orang, bila kita pos status, mcm gitu mcm gini; mulalah kata kita emo, syok sendiri, bajet, etc.
Ada orang, bila kita pos gambar, mcm gitu mcm gini; mulalah kata kita x malu, nak show off, etc.

Untung aku ada kawan-kawan yang kata kat aku, pos je! haha...
Dah memang aku ni jenis yang suka mengekspresikan diri. Dulu aku tercari cari juga siapa diri sebenar aku. Bila dah dapat kekuatan untuk mengetepikan haters dan go on with myself yg penuh dgn cerita dan ekspresi; barulah aku jumpa a part of myself.

ini kisah aku.

Untuk korang, jadilah diri sendiri. kalau rasa korang teragak-agak nak buat something sebab orang lain, jgn teragak-agak! Buat je. Asalkan apa yang korang buat itu tak salah, tak mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain. Alright? Peace no war!

Saturday 26 October 2013

Dua perkataan

Dua perkataan- kerana Allah.

Dua perkataan ini, sgt senang untuk diungkapkan. ungkap jelah ~ Aku syg kau,dia, mereka, kerana Allah. Aku menuntut ilmu, aku menjadi doktor, kerana Allah.

Tapi macam mana nak sampaikan, nak rasakan benda ni betul2 kat dalam hati kita. Ada orang kata kena ikhlas. Tapi, sbg insan yg lemah lagi hina ini, keikhlasan diri sendiri pun aku ragui. Ikhlaskah aku menolong dia. Adakah mungkin sekadar membalas jasa baik dia, adakah sekadar membantu dengan mengharapkan pembalasan pahala dari Allah, adakah kerana aku bimbang jika aku dalam keadaan yang sukar tiada tempat bergantung. Di sini, aku mula pula mempersoal erti ikhlas.

Ada juga yang kata pengorbanan. Lihat bagaimana sahabat2 pada zaman terdahulu berkorban. ITU yg dinamakan kerana Allah. Tapi persoalanku, BAGAIMANA mahu mencapai tahap itu. Tahap di mana kau tidak sekadar mengungkapkan dua perkataan itu, tapi benar2 faham dua perkataan itu.

Satu jawapan yang menarik bagi aku-DOA. Tengok makanan, itu rezeki, datangnya dari Allah. Ahamdulillah. Lihat pokok, itu ciptaan Allah-Allahuakbar. Ada banyak lagi sekeliling kita kalau diperhatikan. Berzikirlah, berdoalah. Itulah waktu privasi kita dan Allah. Mungkin apabila kau dekat dengan Allah, kau akan yakin dengan Allah, maka semua yang kau lakukan adalah kerana Allah. InsyaAllah

Aku bukan insan yang sudah mencapai tahap membuat sesuatu kerana Allah. Mungkin amalan yang wajib sahaja yang aku mampu laksanakan kerana Allah, sehinggakan bila ada mereka yang ingin mendalami Islam bertanya, kenapa kau buat itu, kenapa buat ini, aku hanya mampu menjawab-kerana Allah. Waktu itu, baru aku tahu, oh, yang ini, aku buat mmg kerana Allah. 

Aku ingin menjadi yang lebih baik. Meletakkan Allah sebagai yang utama, pasti aku di landasan yang benar. Tapi aku belum cukup kuat dan masih mengumpul kekuatan. Jadi tulisan kali ini adalah peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa dan selalu mempunyai soalan-soalan yang di luar akal fikiran dan random. 

Friday 4 October 2013

Brain and soul

First of all, about my previous post, Alhamdulillah, semua dah settle. When I said 'settle', maksdnya btul2 dah settle. Kali ini, maaf yg sebenar-benarnya, telah diungkap dari mulit, dtg dari hati dan yang paling penting, dah dilupakan. Yelah, kalau kita kata kita maafkan, tp hati kita masih lagi sakit, kawan Mi ajar, tu belum betul-betul maafkan. So, Alhamdulillah, rasa ringan sikit dada ini bila dah tak ada rasa sakit hati tu.

Otak dan jiwa.. haa kan ke pelik bila diterjemah dlam bahasa Melayu.. sebab itu tajuk dlm bahasa Inggeris lol

JIWA

Malam ini, mood jiwang Mi turned on. padahal tgk movie hantu tadi.haha Mungkin sebab semalam best sgt, so hari ini rasa mcam dull je. Bila dull, I tend to terfikir benda-benda yang jiwang. Buka insta, keluar gambar bunga pulak banyak. haha Mi  sebenarnya x suka guna perkataan jiwang tu, sebab bukan jiwang pun. Cuma Mi  terbayangkan benda2 yang indah. Mi  teringin nak bunga, nak a cup of mocha which is my favourite, rindu kat org2 di Malaysia, bukan jiwang kan? haha Tapi siyez nak bunga. Ni semua salah kedai bunga yang bersepah-sepah kat Volgo ni and salah; sorg minah kat instagram ni, gamba dia semua lawa2 ada bunga.

OTAK

Bila bayangkan nak pos pengakuan Mi   yg rasa dull mlm ni, and all those things yg indah2. Ommo! Malunya kalau cikgu2, senior2, kawan2 baca! so Mi  delete, tp pos kat sini. hihi Otak suka benda logik. Benda yang tak ada perasaan. 

So to be fair to my brain and my soul, I post it here. Di mana, x semua senior, cikgu and kawan2 Mi  akan baca, but aku still express my feelings. Fair enough I guess. tehee. Lately, Mi suka benda2 yang wanita2 ini, dulu suka yg macam budak2, suka mainan, sekarang dah reti dah nak suka music box, teddy bear and surprisingly>>>BUNGA! aiyoyo... Malu eden.