Saturday 12 November 2011

Itu atau ini

crush=suka; love=cinta


Saya baru selesai membaca satu artikel tentang suka atau cinta. Penulis berkenaan kemukakan beberapa soalan sebagai 'guide' untuk pembaca bezakan cinta dan suka. 'Somehow' penulis berkenaan ada menyatakan yang beliau sendiri kurang pasti. 


Bagi saya, perkara-perkara yang berkaitan dengan perasaan, sememangnya sukar untuk dirungkai. Dengan menjawab beberapa soalan, kita sudah mampu merungkai perasaan sebenar kita. 'Well'~tidak semudah itu.  


Menunggu sms atau panggilan dr si dia-cinta kah? suka kah? atau sekadar kerana kita keseorangan.
Mengambil berat tentang si dia- cinta kah? suka kah? atau sekadar 'manner' kerana kita berkawan.
Cemburu dengan org2 di sekeliling dia- cinta kah? suka kah? atau sekadar kerana kita sudah rapat dan takut kehilangan dia?




=)


Amalkanlah doa ini, insyaAllah hati lebih tenang kalau kalian rasa asyik teringatkan si dia. PnW!


‎" .. Jika benar dia tercipta untukku, maka permudahkanlah segalanya buat kami .. "
" .. Jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku .‎" 




Saya pernah terdengar cerita tentang seorang 'super-senior' saya. Dia (perempuan) telah berkenan pada seorg kawannya. Lalu si gadis berkenaan pun bertanya pada seorang ustaz apa yang harus dia lakukan. Jadi
Ustaz pun memberitahu si gadis untuk mengamalkan satu doa. Mungkin doa tersebut lebih kurang dengan doa di atas. Alhamdulillah, si gadis sudah pun bernikah dengan lelaki yang disukainya. <3



Walaubagaimanapun, jika kalian 'end-up' tidak seperti 'super-senior' saya, cuba fahami maksud doa tersebut. "jika benar dia tercipta untukku....jika benar dia untukku.." Jadi, faham-fahamlah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.









2 comments:

n_a_a said...

okay....i'll try to follow ur advice.thanks mi!!<3~~~

syamimi azari said...

haha..advice drpd seseorg yg x berpengalaman :P