Saturday, 9 April 2011

"Mimi, study hard!"

Itulah ayat terakhir drpd arwah nenek aku. Apa2 pun, bg pembaca2 sekalian yg beragama Islam, pohon sedekahkan al-Fatihah. 

Al-Fatihah...



Zaiton binti Abdullah, seorang nenek yg aku kira tlh mengajar aku byk perkara, memasak, menghormati org tua, berlaku adil antara adik beradik, terima cara masyarakat pandang kita, dan macam2 lagi. Kebiasannya  di kampung, sebelum kami tidur arwah mesti ceritakan kisah2 hidupnya. Bagaimana dia menyara anak2, bagaimana arwah atuk ambil hatinya, bagaimana perangai ayah aku di zaman kanak2nya...Arwah juga sgt terbuka dgn aku dan sepupu2 yg lain tentang hal2 remaja kami.

"Mimi, study hard"...itulah ayat terakhir yg aku dgr drpd arwah, kali terakhir kami skype, selepas itu aku sekadar bertanya khabar melalui ibu dan ayah. Alhamdulillah aku dpt kirimkan salam untuk arwah beberapa jam sebelum arwah menghembuskan nafas yg terakhir.

Pakcik2,makcik2,ayah,ibu dan sepupu2 yang lain sgt tabah dan redha dgn pemergian arwah. Hal ini sgt mengharukan aku. Dan sebab itulah juga aku harus tabah seperti mereka.

“Sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (QS. Al Baqarah:155)

Tidak dapat hadir semasa kejutan sambutan hari lahir arwah krn aku menduduki peperiksaan dan kini aku tidak mampu hadir ke majlis penghormatan kali terakhir kpd arwah krn aku berada di tempat yg sgt asing ini, benar2 menduga aku. 

Pernah seorg shbt aku kata " tahun ni aku balik cuti kat msia lama sikit. Yelah aku ad sorg je nenek, takot2 kalau itu ry terakhir aku dgn dia..." 

Kata2 shbt aku sering membuatkan aku serba salah, terasa seperti aku seorang yg tidak menghargai keluarga. Tapi aku, tak sempat balik ke Msia,3 bulan je lagi, namun Allah ttp menarik nyawa arwah. Shbt2 ku, percayalah, selepas pemergiaan arwah, aku belajar satu perkara, tidak kira kita dekat atau tidak dgn org yg kita syg, sentiasalah igt pd mereka. Tidak meluangkan masa bersama mereka, tidak bermakna kasih syg kita padanya sedikit. Bg aku, aku sgt bersyukur sekiranya aku diingati oleh seseorang, paling tidak ada org yg igtkan aku. Aku yakin keluarga aku juga tahu betapa aku ingat, rindu dan hargai mereka. 

Hargailah dan hormatilah org yg anda syg dan tunjukkanlah kasih syg anda. Aku dpt lihat ketabahan semua ahli keluarga aku, mungkin ini adalah kerana mereka tahu mereka dah buktikan kasih syg mereka pd arwah maka tiada penyesalan bg mereka. REDHA. Mungkin anda akan sering terlepas peluang meluangkan masa bersama org yg anda syg, tp jganlah lepaskan peluang utk tunjukkan yg anda syg mereka,sekadar bertanya khabar dan mengingati, seseorg pasti rasa dihargai. Tidak kira lg 3 bulan, seminggu mahupun sehari, Allah boleh tarik nyawa sesiapa sahaja..termasuk diri kita sendiri. 

wallahualam bissawab~

nurulsyamimiazari

2 comments:

FatinHusnaKamaruddin said...

family itu salah satu anugerah Allah yang paling berharga :)

Al-Fatihah.

Hans said...

:) nice post