Sebelum saya menjejakkan kaki di Rusia, idea saya tentang 4 musim adalah sangat mudah.
~kalau musim luruh = bunga emas macam cerita Mohabbatein...
~kalau musim salji ='setting' Narnia... (which make me smile 24.7!!!)
~kalau musim bunga = bunga warna-warni mcm kereta berhias..
~kalau musim panas =x byk beza dgn Msia agaknya..?
Tetapi setelah beberapa bulan berada di Rusia, saya dapati 4 musim bukan sekadar warna, pokok...Rupa-rupanya byk lagi perkara-perkara 'trivial' yg sebenarnya sgt penting contohnya:
1. TINGKAP : kalau musim salji, senior pesan suruh 'seal' tingkap,untuk elak angin sejuk dari luar (aktiviti yg x pernah sy buat di Malaysia)
kalau musim panas pula, kami kena psg jaring, untuk elak nyamuk atau serangga-serangga yg sewaktu dengannya...
2. AIS-KRIM : di Malaysia,buah-buahan saja yg biasanya bermusim,tp kalau 4 musim,ais krim pun bermusim
musim salji > susah nak jumpa ais krim tepi-tepi jalan
musim panas> senang sgt... ;)
bagi org yg gemar mkn ais krim waktu sejuk macam saya...terpaksalah mencari kiosk-kiosk utk mendapatkan ais krim sewaktu musim salji~~
3. FASILITI : kalau negara2 lain yang turut mempunyai 4 musim, saya kurg pasti ttg fasiliti mereka, tp kalau di Volgograd, setiap bilik,dewan, makmal akan ada pemanas, tapi tiada kipas, jadi untuk musim panas, kipas sangatlah diperlukan...
4. PAKAIAN : inilah benda yg rasanya paling ketara...
musim salji > jaket,skaf,penutup telinga, kasut but, seluar jeans yg luar biasa
tebalnya
musim panas> tshirt, seluar jeans, sandal~~~ hihi
Satu lgi pengalaman baru saya adalah saya lebih peka dengan bau daun dan warna hijau daun yang rupa-rupanya sgt indah~~~
Setelah beberapa bulan pokok di Volgograd tidak berdaun, dan cuti 3 hari yg saya gunakan sepenuhnya utk berkurung dalam bilik (membuatkan saya tidak nampak perubahan musim yg berlaku di sekeliling), saya diselubungi satu perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ini, apabila saya perhatikan pemandangan di luar kelas Biologi.
Semua pokok sudah kembali berdaun! Tak pernah saya sangka, kalau beberapa bulan saya tak nampak pokok berdaun, saya akan jadi sangat jakun@perak apabila nampak pokok berdaun..,hihi
4 gambar di bawah diambil oleh senior saya, Ahmad Ramdan. 4 musim di Volgograd~~~
Musim Bunga |
Musim Panas |
Musim Luruh |
Musim Salji |
nurulsyamimiazari
No comments:
Post a Comment