Saturday, 31 May 2014

SELESA

Dalam satu-satu hubungan itu, kalau kita memang dah capai tahap rapat sangat-sangat, benda ini akak terbukti bila kau selesa dengan orang itu kan? Tak payah kisah pasal apa orang itu pikir pasal kita, kita buat je semua benda sebab kita dah selesa dengan dia. 

Bila kau selesa, kiranya kau dah rapatlahkan dengan orang itu? So, baguslahkan kalau selesa.

Tapi macam mana pula kalau orang itu tak suka kau bila kau dah selesa. Dan macam mana kita nak tahu, dia itu orang yg betul utk kita jadi selesa dan jadi diri sendiri? Meh kita bincangkan a few situational problems XD

Situasi pertama

Suami dan isteri yang dah kahwin 10 tahun. Tahun pertama kahwin, kentut pun lari pergi toilet. Dah sepuluh tahun, haa... kentut, korek hidung, sendawa main belasah je depan2. Sama je suami ke isteri ke..haha... betul tak? sebab kau dah selesa. So, adakah selesa ini bagus? 

Situasi kedua

Kau ada satu geng kawan. Kau dah kawan bertahun-tahun dan kau dah selesa nak buat benda gila-gila dengan diorang. Tapi, ada pula org yang kata kau tak malu. Jadinya, ini kira kes salah pilih kawan untuk selesa lah ek? haha

Situasi ketiga

Kau jaga perangai kau gila-gila supaya kau tak dilabel gila, saiko, emo, atau seangkatan dengannya. At the end of the day, kau tak berani langsung ambil risiko utk show your true colours . Ramai kawan tapi kawan biasa2 je. err by saying kawan biasa2, I do mean KENALAN instead of friend. Bukan kawan yg layan je kerja gila kau... 

Kalau pendapat aku sendiri kan.. ini adalah try and error punya isu. Maksudnya, do take ur time to show your true colours. You'll reveal them involuntarily if you've known someone for quite sometime. So, nasib kaulah kalau diorang boleh terima kau ke tak.Kau tak boleh ctrl perangai kau selama-lamanya, melainkan kau ada determination yang sangat tinggi utk ubah diri kau. Kalau kau kawal sikap kau utk berada dalam satu-satu golongan, at the end of the day, you'll realise you don't belong to the group and you don't enjoy doing something together with them. You'll prefer being alone. 

Kalau kau memang gila, kau akan jumpa org yang boleh layan gila kau. And you should appreciate that person so much! Tak kiralah apa taik dia buat kat kau, tapi kalau dia still boleh terima kau, tak label kau, do appreciate that person. At this point, you'll reach the utmost comfort relationship. 

Kalau orang macam aku ini, yang jenis sesumpah ini, kadang2 aku sendiri tak tahu aku ini jenis org yg macam mana. haha -My attitude depends on yours- 

Thursday, 29 May 2014

KAHWIN

ohoi... kelepak kelepak kelepuk kelepuk

mmm tajuk kahwin, cinta, suami, isteri,,,sememangnya evergreen.
aku suka org berkahwin, bercinta, berkeluarga. Ironinya, aku prejudis terhadap perkahwinan.
mmm, korang kahwinlah. aku steady je..haha bajet kau, mimi!

Aku prejudis dgn marriage. Sgt. Ini semua pengaruh luar. Drama, movie, real life and whatever you name it. Semua yang dah berkahwin, cliche kan diorg akan kata, hmmm bukan senang perkahwinan ini. So, aku yang berakal pendek terus digest bukan senang as SUSAH. So, buat apa kahwin? and still, majlis perkahwinan dekat Malaysia tumbuh ibarat cendawan tumbuh lepas hujan,. [aisheh, haha]

Classmate aku dah kahwin, meskipun aku prejudice dgn perkahwinan, aku x pandang rendah dengan diorang. She made an excellent job to accept him. They barely knew each other back then and Alhamdulillah, dah kahwin, bahagia.
 mak pak aku pun bahagia wey! So, I can't really figure out kenapa aku x nak kahwin.

Nak dijadikan cerita, malam ini ada sesuatu jadi jeng jeng jeng. haha.. So, selepas apa yang jadi malam ini, aku sedar. Aku ni penakut sebenarnya. takut dengan tanggungjawab, takut dengan 1001 kemungkinan suami aku jadi kaki pukul, kaki pompan, kaki kotol dan berkaki kaki lagi or aku yg jadi isteri derhaka..hwargh ibu, akak takut! anyhow, aku sedar. Aku nak je kahwin. cuma takut. Kahwin dapat pahala wey, ko x nak? rugi~

 Lepas itu, kadang2 aku dalam state of denial juga, aku kata aku tak kisah pun kalau laki aku x layan aku macam princess. hak tui! Bayang ek, dah lah aku ni anak perempuan tunggal dalam family, lpas tu kalau aku kahwin, kalau tak suami aku yang layan aku baik2, siapa lagi nak layan aku mcm princess, sudahlah aku punya syurga bawah tapak kaki dia, dia dahului ayah aku, x salah gak kan kalau aku nak harapkan balasan dr dia. insyaAllah, aku masak sedap2 utk dia, kemas rumah elok2 kilat2 utk dia, basuh baju bersih2 utk dia.Aku pun akan treat dia macam king. insyaAllah.

ok, dah. Dah kelaut ni. geli plak. haha..anyhow nak katalah yang aku ni bukan nak memberontak tak nak kahwin bajet cool sgt. sedarlah mimi eeeeh. Sebab2 aku tak nak kahwin...ala, lebih kurang je macam lelaki2 dalam drama yang x nak kahwin itu. Sebab2 aku dah boleh terima yang aku ni akan kahwin gak satu hari nanti...jeng jeng jeng..'clique' dan 'berat' menjadi kata kunci. Aku tulis ini, sebab seru ni tiba2 dtg, esok lusa kalau aku memberontak tak nak kahwin, boleh rujuk kat sini balik. haha...