Tuesday, 29 October 2013

Emosi atau ekspresif

Aku ni suka bercakap. Kalau bercerita, bukan main beremosi. haha... yelah dulu bukan main wakil sana sini masuk pertandingan berceritadah tua sikit berbahas, tu pasal lah haha

Ekspresif. Akulah itu. Ada orang kata aku emo. Aku suka penggunaan kata ekspresif lagi. hihi

Aku tak hidup untuk pujian orang. Kalau aku hidup untuk pujian orang, maka matilah aku dek kejian orang. Ramai je orang yang mulut macam longkang, tapi kalau korang ambil kira apa yang diorg kata, memang tak ke mana lah kita. Kalau aku punya case, aku ini dulu takut sgt kena kutuk ngan org, boleh jadi depressive teruk. haha Nasib baik bila dah besar sikit ni, aku tahu makna hidup untuk mereka yangsayang kita. I am not born to please the haters.

Ada orang, bila kita pos status, mcm gitu mcm gini; mulalah kata kita emo, syok sendiri, bajet, etc.
Ada orang, bila kita pos gambar, mcm gitu mcm gini; mulalah kata kita x malu, nak show off, etc.

Untung aku ada kawan-kawan yang kata kat aku, pos je! haha...
Dah memang aku ni jenis yang suka mengekspresikan diri. Dulu aku tercari cari juga siapa diri sebenar aku. Bila dah dapat kekuatan untuk mengetepikan haters dan go on with myself yg penuh dgn cerita dan ekspresi; barulah aku jumpa a part of myself.

ini kisah aku.

Untuk korang, jadilah diri sendiri. kalau rasa korang teragak-agak nak buat something sebab orang lain, jgn teragak-agak! Buat je. Asalkan apa yang korang buat itu tak salah, tak mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain. Alright? Peace no war!

Saturday, 26 October 2013

Dua perkataan

Dua perkataan- kerana Allah.

Dua perkataan ini, sgt senang untuk diungkapkan. ungkap jelah ~ Aku syg kau,dia, mereka, kerana Allah. Aku menuntut ilmu, aku menjadi doktor, kerana Allah.

Tapi macam mana nak sampaikan, nak rasakan benda ni betul2 kat dalam hati kita. Ada orang kata kena ikhlas. Tapi, sbg insan yg lemah lagi hina ini, keikhlasan diri sendiri pun aku ragui. Ikhlaskah aku menolong dia. Adakah mungkin sekadar membalas jasa baik dia, adakah sekadar membantu dengan mengharapkan pembalasan pahala dari Allah, adakah kerana aku bimbang jika aku dalam keadaan yang sukar tiada tempat bergantung. Di sini, aku mula pula mempersoal erti ikhlas.

Ada juga yang kata pengorbanan. Lihat bagaimana sahabat2 pada zaman terdahulu berkorban. ITU yg dinamakan kerana Allah. Tapi persoalanku, BAGAIMANA mahu mencapai tahap itu. Tahap di mana kau tidak sekadar mengungkapkan dua perkataan itu, tapi benar2 faham dua perkataan itu.

Satu jawapan yang menarik bagi aku-DOA. Tengok makanan, itu rezeki, datangnya dari Allah. Ahamdulillah. Lihat pokok, itu ciptaan Allah-Allahuakbar. Ada banyak lagi sekeliling kita kalau diperhatikan. Berzikirlah, berdoalah. Itulah waktu privasi kita dan Allah. Mungkin apabila kau dekat dengan Allah, kau akan yakin dengan Allah, maka semua yang kau lakukan adalah kerana Allah. InsyaAllah

Aku bukan insan yang sudah mencapai tahap membuat sesuatu kerana Allah. Mungkin amalan yang wajib sahaja yang aku mampu laksanakan kerana Allah, sehinggakan bila ada mereka yang ingin mendalami Islam bertanya, kenapa kau buat itu, kenapa buat ini, aku hanya mampu menjawab-kerana Allah. Waktu itu, baru aku tahu, oh, yang ini, aku buat mmg kerana Allah. 

Aku ingin menjadi yang lebih baik. Meletakkan Allah sebagai yang utama, pasti aku di landasan yang benar. Tapi aku belum cukup kuat dan masih mengumpul kekuatan. Jadi tulisan kali ini adalah peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa dan selalu mempunyai soalan-soalan yang di luar akal fikiran dan random. 

Friday, 4 October 2013

Brain and soul

First of all, about my previous post, Alhamdulillah, semua dah settle. When I said 'settle', maksdnya btul2 dah settle. Kali ini, maaf yg sebenar-benarnya, telah diungkap dari mulit, dtg dari hati dan yang paling penting, dah dilupakan. Yelah, kalau kita kata kita maafkan, tp hati kita masih lagi sakit, kawan Mi ajar, tu belum betul-betul maafkan. So, Alhamdulillah, rasa ringan sikit dada ini bila dah tak ada rasa sakit hati tu.

Otak dan jiwa.. haa kan ke pelik bila diterjemah dlam bahasa Melayu.. sebab itu tajuk dlm bahasa Inggeris lol

JIWA

Malam ini, mood jiwang Mi turned on. padahal tgk movie hantu tadi.haha Mungkin sebab semalam best sgt, so hari ini rasa mcam dull je. Bila dull, I tend to terfikir benda-benda yang jiwang. Buka insta, keluar gambar bunga pulak banyak. haha Mi  sebenarnya x suka guna perkataan jiwang tu, sebab bukan jiwang pun. Cuma Mi  terbayangkan benda2 yang indah. Mi  teringin nak bunga, nak a cup of mocha which is my favourite, rindu kat org2 di Malaysia, bukan jiwang kan? haha Tapi siyez nak bunga. Ni semua salah kedai bunga yang bersepah-sepah kat Volgo ni and salah; sorg minah kat instagram ni, gamba dia semua lawa2 ada bunga.

OTAK

Bila bayangkan nak pos pengakuan Mi   yg rasa dull mlm ni, and all those things yg indah2. Ommo! Malunya kalau cikgu2, senior2, kawan2 baca! so Mi  delete, tp pos kat sini. hihi Otak suka benda logik. Benda yang tak ada perasaan. 

So to be fair to my brain and my soul, I post it here. Di mana, x semua senior, cikgu and kawan2 Mi  akan baca, but aku still express my feelings. Fair enough I guess. tehee. Lately, Mi suka benda2 yang wanita2 ini, dulu suka yg macam budak2, suka mainan, sekarang dah reti dah nak suka music box, teddy bear and surprisingly>>>BUNGA! aiyoyo... Malu eden. 


Friday, 27 September 2013

orang bagus

hacim!

Ya Allah, berhabuk teruk dah blog ni. hihi biasalah, bila tak menulis sebagai sendiri, kononnya, ingin menghasilkan blog yang menggunakan bahasa Melayu baku. Haha (gelak kat diri sendiri) Well, satu benda yang Mi belajar, jadi diri sendiri adalah yang terbaik!

orang bagus. Siapa perasan dia bagus? Angkat tangan!!! hehe

Alkisah, semalam lepas kelas, ada dua lecture. lecture yang pertama itu, mak ai,,, habis tenaga walaupun sekadar mendengar dan menyalin. Mi ingat nak lari lepas lecture yg pertama itu, tapi sekali ada halangan, pastu dah tak sampai hati nak lari. nak dijadikan cerita, ada seorang budak ni, si M. Dia kata "haah, mmg jahat pun kalau balik". Dia tujukan kata- kata itu kat Mi dgn lagi seorang member ni.

Aw pedih!

Tak baik kata org jahat. Ayah Mi kata jahat itu untuk syaitan saja. Ayah Mi dah didik, jgn kata org jahat. So, terkejut sangat bila ada org kata macam itu kat Mi. Tambah pula, si M ni, dia budak alim2. mmm kenapa cakap macam tu ek? Ini kali kedua Mi kecik hati dengan dia. Yg first time tu dia kata Mi cacat sebab adik Mi handsome. aiyoyo...

Penampilan,sikap, dan diri awak mmg manis. Saya suka. Orang lain pun suka. Tapi ada kelakuan awak yang macam bercanggah dengan apa yang awak perjuangkan. Saya sebagai manusia biasa, tak dpt lari drpd sedikit menyampah dengan diri awak. Jangan risau, saya simpan sorang2, Allah je tahu.

Hati-hati bila cuba meletakkan diri sendiri di mata masyarakat.Awak sekarang dah jadi kakak usrah, no offense. Tapi kenapa sakan benor instagram awak. Sesetengah gambar itu, saya sendiri pun x berani nak pos. Maaf, malam ini tak ada idea untuk ayat beralas. Kenapa tak tegur depan2? nak ke? saya boleh tegur, tp mesti awak sedihkan? pastu bila awak sedih, awak akan luahkan perasaan dekat kawan awak. Dari mulut awak, org akan nampak saya jahat. kalau saya minta org lain yg tegur awak, secara tak langsung, saya buka aib awak. Kenapa cara begini yang saya pilih? Dengan harapan, awak, si M, terbaca pos ini, dan berubah. Instalah macam mana pun yang awak nak, buatlah apa pun, tapi jagalah tutur kata awak. Dah dua kali hati saya terguris dengan kata-kata awak. Sampaikan saya terpaksa menanggung dosa sekarang ini sebab saya menyampah dengan awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Dan sememangnya saya dah cuba berali-kali untuk maafkan awak, tapi sebabkan sikap awak yg kadang kala bertentangan dengan ajaran Islam, hati saya x dapat nak maafkan awak sepenuhnya, Maaf, saya bukan orang bagus.

Tuesday, 11 December 2012

Hai. Apa khabar semua? ^_^

Mi tengah kekenyangan ini. Lama dah tak kenyang macam ini. Kenyang yang rasa nak meletup perut uh..haha Alhamdulillah rezeki hari ini.

Tadi pagi macam biasalah ada kelas, lepas itu cikgu microbe kata  minggu depan kitorang ada colloq... and a week after that, kitorang ada kelas terakhir.. and unfortunately..it is on 25th December.. ai yai yai... raya syawal, raya haji x dpt cuti, fine lah, normal lagi, ini raya org putih pun x dpt cuti. Ini semua sebab orang Rusia x sambut 25th. Nasib baik dah biasa tak dapat cuti time2 peak macam ini, so this time it is not a biggie... 

Satu lagi hari ini Mi hang out ngan Jiha, YES! at last, after a month of delaying..kuang kuang kuang... Tak penat mana pun, somehow esok jadual kelas kitorang tak best. Mana tak nya, esok lepas kelas terapi Mi ada lecture surgery, lepas itu semua orang dah x de kelas kecuali kelas Mi and kelas lagi satu, after lecture itu kitorang ada kelas Ruski (bahasa Rusia). Sudahnya Olga suka bagi homework menghafal on Wednesday... pfft. tak salah Olga pun, cuma Mi kuranglah bab-bab menghafal Ruski ini.

Hari ini ada beberapa isu dibangkitakan oleh !@@#$$%$^%&^ hihi
Sekarang Mi xde mood nak gi research, kalau korang tahu korang bagitahu ea.. 
Isunya Mi ringkaskan macam ini... apa beza alkohol dengan arak? Ada beza x?

OK? nanti di lain waktu kita bicarakan hal ini k?

Vsio untuk hari ini. 


Sunday, 9 December 2012

Popular

Korang nak jadi popular? korang suka kalau jadi perhatian orang lain?

Sheera aiyob tu kan, dia pos gamba char koay teow je, beratus ratus org like, Mi pos gamba chicken chop, orang kata kat Mi, "Mimi, instagram ni org anta gamba permandangan, gamba diri sendiri..etc.."
Tui!!!! nak kata betapa popularnya Sheera Aiyob nak banding ngan Mi. yelah asal artis je, anta gamba apa pon, org beratus ratus like.

Lagi satu yang Mi perasan kan, sekarang ini zaman kalau korang kahwin awal, dan  korang selalu beromantik2 dengan pasangan di khalayak ramai, konfirm korang popular. Dena Bahrin tu salah satu contohnya. Kawan2, senior2 Mi pun ada jugak macam itu. So, kalau korang nak popular ekspress, kahwinlah... hihi 

UHUK UHUK

Uhuk uhuk berhabuknya blog ni..haha..xpe, bukan nya ada org berminat pun ngan blog Mi...lol

biasalah, org lain ada twitter buat luahan, Mi nak buat kat blog jelah. Hari ini KUV organized paintball, Mi tak main, tp Mi dtgla, bg sokongan. Seronok tengok diorang lari,tembak2. Penat memnglah penat, tapi Mi terfikir pulak mesti puaskan dpt lari, tembak musuh.

Somehow, Mi ter'correlate'kan main paintball dengan hidup Mi kat rusia ini. Diorang lari dengan bebas, siapa saja yang jadi penghalang diorang tewaskan, asalkan dapat ambil bendera kat belakang itu. Mi nak hidup seronok kat Rusia, tapi mampukah Mi nak tembak penghalang Mi?? Hidup seronok macam mana?

mmm, kat Malaysia I can drive, I can go anywhere, ibu, kawan2 boleh teman, tapi kat sini semua terbatas. Mi nak karaoke macam family Mi selalu buat, tapi kat sini boleh ke? Mi nak swimming kat laut, pergi cuti2...tapi kat Rusia?? Cara berseronok kat Rusia lain dengan kat Malaysia, tambahan pulak orang yang nak meneman kita berseronok tu lain.

Seronoknya duduk kat Malaysia..tulah nak sgt duduk kat luar negara..haha Duduk kat luar negara seronok. Asalkan surrounding dia best, so korang2 yang bca ni, jgnlah terpengaruh pulak, dok igt dok blajar kat luar negara ni x bes.